- Tamadun Indus ialah Tamadun yang terawal di India.
- Terletak di Lembah Indus yang disaliri oleh Sungai Indus
- Juga dikenali sebagai tamadun Harappa bersempena dengan nama bandar utama dalam tamadun ini.
- Tamadu Indus terletak di bahagian barat laut India.
Kerangka Masa
-Muncul pada sekitar tahun2500S.M, dan mula merosot pada tahun 1800 S.M.
-Faktor kehancuran tamadun ini masih belum jelas sehingga ini. Antara
faktor yang dikemukakan ialah tamadun Indus diserang orang Aryan serta
bancana alam seperti banjir, kemarau, dan gempa bumi.
Proses Pembentukan
-Penduduk yang hidup secara nomad wujud di bahagian barat laut India,
iaitu hidup berpindah randah dan menyara diri dengan memburu dan
mengumpul makanan. Mereka kemudian telah membentuk petempatan kekal di
sepanjang Sungai Indus yang mempunyai tanah subur dan menyediakan sumber
air.
-Kepandaian penduduk menyesuaikan diri dengan alam sekitar telah
meningkatkan penghasilan pertanian yang membawa kepada pertambahan
penduduk. Faktor-faktor ini telah menyumbang kepda perkembangan bandar.
-Dua bandarutama yang terbentuk di Lembah Indus ialah Mohenjo-Daro dan Harappa.
Lothal dan Sutkagen Dor pula merupakan bandar pelabuhan yang penting.
Ciri-ciri Tamadun Indus
1. Petempatan Kekal
a. Pembetukan bandar terancang wujud. Bandarnya terbahagi kepda 2 bahagiandan dikelilingi oleh tembok.
b. Bahagianutama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan yang
menempatkan banguan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk
upacara ritual dan pembersihan, dan tempat penyimpanan hasil pertanian.
c. Bahagian kedua ialah kawasan perumahan.
d. Bandar dirancang dengan rapi terutama dari sudut susun atur yang
sistematik. Perancangan bandarnya dibantu oleh kemajuan ilmu geometri
dan pembinaan, serta sumbangan Mesopotamia dan Mesir Purba.
e. Bandar-bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat
dengan setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus
dan bersambung antara satu sama lain, setiap bandar juga mempunyai
sistem kumbahan yang terancang.
f. Jalan perhubungan bandar-bandar ialah jalan raya dan sungai.
2. Organisasi Sosial
a. Maklumat dan sumber temtang organisasi sosial tamadun ini adalah tidak jelas.
b. Jumpaan arkeologi membayangkan masyarakat di Lembah Indus terbahagian kepada 2 golongan, iaitu golongan atasan dan bawahan.
c. Pendeta mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam mengawal
aktiviti masyarakat terutama yang melibatkan kegiatan keagamaan.
Golongan bawahan memberikan ketaatan kepada golongan pendeta atas dasar
keagamaan ini. Oleh sebab tiada bukti tentang kewujudan raja, maka
sejarawan berpendapat bahawa tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta.
d. Petani menjalankan aktiviti pertanian dan menyalurkan sebahagian daripada hasil tersebut kepada pihak berkuasa.
e. Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga
kebersihan bandar, membina tembok di benteng, dan membina terusan.
3. Pengkhususan Pekerjaan
a. Masyarakat ini menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan, pertukangan, dan pembuatan.
b. Aktiviti perdagangan secara khusus menbabitkan perdagangan luar
termasuklah dengan Mesopotamia. Hubungan dagang antara kedua-dua tamadun
dapat dibuktikan melalui penemuan cap mohor buatan masyarakat Lembah
Indus di Mesopotamia.
c. Penanaman seperti menanam makanan (barli, kacang dan sebagainya) dijalankan.
d. Artisan-pembinaan dan penghasilan barangan logam dan barangan tembikar.
4. Agama
a. Bukti kewujudan amalan agama penemuan patung dan ukiran yang mempunyai unsur keagamaan.
b. Patung proto-Siva : menunjukkan seorang duduk bersila dengan stail
yoga dan terdapat tiga tandik di kepalanya yang melambangkan Dewa
Brahma, Vishnu, dan Siva. Kewujudan objek ini menjadi sangat penting
terutama dari sudut perkaitannya dengan agama Hindu Kemudiannya.
c. Masyarakat Indus juga mempercayai Tuhan Ibu. Ia dipercayai telah
diwarisi daripada kebudayaan yang lebih awal kerana kepercayaan terhadap
Tuhan Ibu turut berlaku dalam Masyarakat yang mendiami Mesopotamia,
Asia Kecil, Syria dan Palestin.
5. Sistem Tulisan
a. Tulisan berbentuk piktograf. Namun, sehingga hari ini, tulisan
tamadun Indus masih lagi menjadi misteri dan masih belum dapat
ditafsirkan.
Sumbangan Tamadun Indus
1. Antara sumbangan utama tamadun ini termasuklah dalam bentuk keupayaan
serta kebolehan masyarakat Lembah Indus mengeksploitasi kelebihan yang
mereka miliki untuk memudahkan kehidupan mereka hingga akhirnya menjadi
asas kepada perkembangan tamadun.
2. Bandat terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa
- Gabungan kepakaran tentang ilinu geometri, kesenian, matematik sangat diperlukan.
- Pemahaman geometri hasil daripada pertembungan tamadun Indus dengan
tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba telah membolehkan perancangan bandar
disusun bentuk segi empat yang diikuti oleh jalan raya yang lurus.
- Mutu bahan binaan turut ditingkatkan. Masyarakat Indus tidak hanya
bergantung pada panas matahari untuk membuat batu bata daripada tanah
liat, tetapi juga melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi.
3. Sifat keterbukaan tamadun Indus dengan berhubung dengan lain telah membolehkan kedua-dua belah pihak memperoleh manfaat dalam bentuk pertukaran teknologi dan sebagainya.
4. Tamadun Indus telah menujukkan kedamaian dan keamanan ialah tunjung kepada kekuatan sesebuah bangsa unruk mencapai kemajuan dan kecemerlangan.