Saturday, 28 January 2017

Tamadun Indus

  • Tamadun Indus ialah Tamadun yang terawal di India.

  • Terletak di Lembah Indus yang disaliri oleh Sungai Indus

  • Juga dikenali sebagai tamadun Harappa bersempena dengan nama bandar utama dalam tamadun ini.

  • Tamadu Indus terletak di bahagian barat laut India.




Kerangka Masa
-Muncul pada sekitar tahun2500S.M, dan mula merosot pada tahun 1800 S.M.
-Faktor kehancuran tamadun ini masih belum jelas sehingga ini. Antara faktor yang dikemukakan ialah tamadun Indus diserang orang Aryan serta bancana alam seperti banjir, kemarau, dan gempa bumi.





Proses Pembentukan
-Penduduk yang hidup secara nomad wujud di bahagian barat laut India, iaitu hidup berpindah randah dan menyara diri dengan memburu dan mengumpul makanan. Mereka kemudian telah membentuk petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus yang mempunyai tanah subur dan menyediakan sumber air.
-Kepandaian penduduk menyesuaikan diri dengan alam sekitar telah meningkatkan penghasilan pertanian yang membawa kepada pertambahan penduduk. Faktor-faktor ini telah menyumbang kepda perkembangan bandar.
-Dua bandarutama yang terbentuk di Lembah Indus ialah Mohenjo-Daro dan Harappa.
Lothal dan Sutkagen Dor pula merupakan bandar pelabuhan yang penting.





Ciri-ciri Tamadun Indus 
1. Petempatan Kekal
a. Pembetukan bandar terancang wujud. Bandarnya terbahagi kepda 2 bahagiandan dikelilingi oleh tembok.
b. Bahagianutama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan banguan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan, dan tempat penyimpanan hasil pertanian.
c. Bahagian kedua ialah kawasan perumahan.
d. Bandar dirancang dengan rapi terutama dari sudut susun atur yang sistematik. Perancangan bandarnya dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan, serta sumbangan Mesopotamia dan Mesir Purba.
e. Bandar-bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat dengan setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain, setiap bandar juga mempunyai sistem kumbahan yang terancang.
f. Jalan perhubungan bandar-bandar ialah jalan raya dan sungai.
 
 

2. Organisasi Sosial 
a. Maklumat dan sumber temtang organisasi sosial tamadun ini adalah tidak jelas.
b. Jumpaan arkeologi membayangkan masyarakat di Lembah Indus terbahagian kepada 2 golongan, iaitu golongan atasan dan bawahan.
c. Pendeta mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutama yang melibatkan kegiatan keagamaan. Golongan bawahan memberikan ketaatan kepada golongan pendeta atas dasar keagamaan ini. Oleh sebab tiada bukti tentang kewujudan raja, maka sejarawan berpendapat bahawa tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta.
d. Petani menjalankan aktiviti pertanian dan menyalurkan sebahagian daripada hasil tersebut kepada pihak berkuasa.
e. Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan bandar, membina tembok di benteng, dan membina terusan.



3. Pengkhususan Pekerjaan 
a. Masyarakat ini menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan, pertukangan, dan pembuatan.
b. Aktiviti perdagangan secara khusus menbabitkan perdagangan luar termasuklah dengan Mesopotamia. Hubungan dagang antara kedua-dua tamadun dapat dibuktikan melalui penemuan cap mohor buatan masyarakat Lembah Indus di Mesopotamia.
c. Penanaman seperti menanam makanan (barli, kacang dan sebagainya) dijalankan.
d. Artisan-pembinaan dan penghasilan barangan logam dan barangan tembikar.



4. Agama 
a. Bukti kewujudan amalan agama penemuan patung dan ukiran yang mempunyai unsur keagamaan.
b. Patung proto-Siva : menunjukkan seorang duduk bersila dengan stail yoga dan terdapat tiga tandik di kepalanya yang melambangkan Dewa Brahma, Vishnu, dan Siva. Kewujudan objek ini menjadi sangat penting terutama dari sudut perkaitannya dengan agama Hindu Kemudiannya.
c. Masyarakat Indus juga mempercayai Tuhan Ibu. Ia dipercayai telah diwarisi daripada kebudayaan yang lebih awal kerana kepercayaan terhadap Tuhan Ibu turut berlaku dalam Masyarakat yang mendiami Mesopotamia, Asia Kecil, Syria dan Palestin.



5. Sistem Tulisan  
a. Tulisan berbentuk piktograf. Namun, sehingga hari ini, tulisan tamadun Indus masih lagi menjadi misteri dan masih belum dapat ditafsirkan.





Sumbangan Tamadun Indus 
1. Antara sumbangan utama tamadun ini termasuklah dalam bentuk keupayaan serta kebolehan masyarakat Lembah Indus mengeksploitasi kelebihan yang mereka miliki untuk memudahkan kehidupan mereka hingga akhirnya menjadi asas kepada perkembangan tamadun.


2. Bandat terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa
- Gabungan kepakaran tentang ilinu geometri, kesenian, matematik sangat diperlukan.
- Pemahaman geometri hasil daripada pertembungan tamadun Indus dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba telah membolehkan perancangan bandar disusun bentuk segi empat yang diikuti oleh jalan raya yang lurus.
- Mutu bahan binaan turut ditingkatkan. Masyarakat Indus tidak hanya bergantung pada panas matahari untuk membuat batu bata daripada tanah liat, tetapi juga melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi.
 

3. Sifat keterbukaan tamadun Indus dengan berhubung dengan lain telah membolehkan kedua-dua belah pihak memperoleh manfaat dalam bentuk pertukaran teknologi dan sebagainya.


4. Tamadun Indus telah menujukkan kedamaian dan keamanan ialah tunjung kepada kekuatan sesebuah bangsa unruk mencapai kemajuan dan kecemerlangan.

Thursday, 26 January 2017

Tamadun Mesopotamia

Lokasi Mesopotamia


1. Tamadun terawal di dunia
2. Mesopotamia berasal daripada perkatan bahasa Yunani bermaksud tanah di antara dua
batang sungai

Kedudukan Tamadun Mesopotamia

- Mesopotamia terletak di kawasan lembah antara dua batang sungai (Sg. Tigris & Sg. Euphrates
- Sg ini mnegalir dr kws pergunungan di Turki ke tnh lembah pamah di Iraq smapai ke Teluk Parsi.

Kerangka Masa 

- Tamadun Mesopotamia berkembang daripada penempatan awal Zaman Neolitik antara tahun 7000 S.M – 5000 S.M
   - Wilayah Mesopotamia berkembang sebagai pusat tamadaun awal pada tahun 3500S.M
   - Beberapa kerajaan telah muncul dilembah Mesopotamia ialah Sumeria, Akkad, Ur, Babylon Awal, Kassite, Assyria, Chaldea
   - Kerajaan-kerajaan tersebut telah muncul, berkembang dan akhirnya merosot
   - Setelah kejatuhan kerajaan Chaldea, wilayah Mesopotamia dikuasai oleh Parsi

Proses Pembentukan Mesopotamia 

Babylon

· Babylon dibahagi kepada Akkad di utara & Sumeria di selatan
· Tamadun Mesopotami bermula di Sumeria
· Orang Semeria yg berhijrah ke Sumeria telah membina penempatan dan menjalankan   kegiatan pertanian
· Mereka membina sistem pengairan untuk mengawal pergaliran air sungai.
· Perkembangan aktiviti pertanian menghasilkan sumber makanan yang berlebihan untuk menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah
· Perkembangan ini menyebabkan penempatan awal yg berbentuk perkampungan berubah menjadi negara kotaNegara kota itu muncul sepanjang sungai seperti negara kota Assur, Eridu, Kish, Lagash, Mari, Nippur, Ur dan Uruk.

                                                                  
 Ciri – ciri Tamadun Mesopotamia
· Negara kota yang wujud di sepjg sg mempunyai ciri fizikal yg tersendiri
· Stp negara kota mempunyai pusat kota, tembok kota, luar kota, perlabuhan dan kubu pertahanan yg mempunyai pelbagai bentuk gerbang pintu

. Di dalam kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah kedai, pasar dan rumah ibadat.
Negara Kota Mesopotamia
b) Organisasi Sosial
· Masyarakat negarfa kota lebih teratur
· Masyarakat negara kota terbahagi kepada:
Gol. Pemerintah (raja, ketua pendeta, k. Tentera, bangsawan), Rakyat Bebas – Petani, artisan, pedagang, Hamba (Tawanan perang)
Organisasi Sosial Mesopotamia
c) Sistem Pemerintahan
zigurat
· Berbentuk teokrasi
· Raja dianggap sbg tuhan/ wakil tuhan/pemilik kota
· Raja Naramsin (Akkad) > penduduk sembah
· Raja Naramsin menggelarkan diri sbg “Raja Empat Penjuru Alam”
· Raja menjadi ketua pentadbir, ketua tentera, ketua pendeta
· Raja & ahli keluarga raja memegang jawatan di Zigurat
· Zigurat adalah pusat ibadat, pusat perdaganagn, pusat penyimpanan khazanah negara

d) Pengkhususan kerja
· Penduduk tinggalkan pekerjaan petani  menjadi peniaga, pedangang & artisan
· Perdagangan disekitar Mesopotamia & Lembah Indus

e) Sistem Tulisan
cuneiform
· Bermula dengan bentuk tulisan bergambar
· Sistem tulisan berkembang kepada tulisan berbentuk simbol (guna tanah liat)Tulisan berbentuk pepaku (cuneiform)

  Sumbangan Tamadun Mesopotamia

 Hammurabi memerintah dari tahun 1792-1750 S.M.. Beliau berasal daripada keturunan Amorite. Beliau membina banyak negara kota. Pusat pemerintahannya di Babylon. Beliau telah menakluk Akkad dan menjadi raja seluruh Mesopotamia.
 Contoh Kod Undang-undang Hammurabi:

Kod Undang-undang Hammurabi

1. Sekiranya seseorang bangsawan mematahkan tulang seseorang bangsawan lain, tulangnya akan dipatahkan.
  2. Sekiranya seseorang bangsawan mencederakan mata seseorang rakyat biasa atau mematahkan tulangny, maka, bangsawan ini didenda satu wang perak.
     Undang-undang ini telah berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan juga di kalangan susun lapis masyarakat itu sendiri.Undang-undang ini telah dapat mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan system organisasi dalam kehidupan masyarakat tersebut.Seterusnya,kod ini juga telah membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang panjang,iaitu dari tahun 3500 S.M. hingga tahun 539S.M..

Epik Gilgamesh

Epik Gilgamesh

    Kisah tentang kepahlawanan tokoh bernama Gilgamesh. Beliau dikatakan memiliki sifat dua pertiga tuhan, satu pertiga manusia, wajah yang tampan, dan susuk badan yang sasa. Beliau dikatakan memiliki kekuatan dan keberanian. Gilgamesh telah memerintah serta memberikan perlindungan kepada kehidupan di kota Uruk.
    Epik ini juga menceritakan tentang pemerintahan, percintaan, kehidupan yang kekal abadi dan kesaktian.
           Tamadun Mesopotamia juga menyumbang kepada perkembangan ilmu astronomi. Pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang, dan matahari telah membawa kepada perkembangan ilmu matematik seperti sistem mengira perpuluhan, menambah, menolak, mendarab, membahagi, dan punca ganda dua yang kemudiannya membawa kepada perkembangan ilmu geometri. Penguasaan dalam bidang astronomi juga telah membolehkan mereka menggunakan jalan laut dan mencipta calendar yang berasaskan sistem solar yang mengandungi 12 bulan dalam satu tahun.
            Perkembangan ilmu perubatan mendapat perhatian khusus semasa pemerintahan kerajaan Assyria kerana kerajaan ini begitu mementingkan kesihatan anggota tenteranya. Sebanyak 500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan telah dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya. Cara mengubat penyakit dengan menggunakan ubat-ubatan juga telah dicacatkan sebagai panduan kepada pengamal perubatan.
           Salah satu kejayaan tamadun Mesopotamia adalah dalam penciptaan roda. Roda digunakan dalam menghasilkan kereta kuda sama ada untuk tujuan peperangan atau kegunaan pada masa aman. Penciptaa roda membolehkan orang Mesopotamia mencipta kincir air untuk mengalirkan air ke kawasan tandus dan meningkatkan hasil pertanian di samping mengawal banjir.    
Roda yang dicipta di Mesopotamia
          Tamadun Mesopotamia juga telah menyumbangkan ciptaan alat pengangkutan yang terawal kepada dunia. Orang Sumeria telah menggunakan kapal layar serta pengangkutan beroda sejak tahun 3000 S.M.. Oleh itu, mereka mampu menguasai jalan darat serta jalan laut sehingga mereka dapat berhubung dengan wilayah di dunia serta wilayah di kawasan Laut Mediterranean.
           Tamadun Mesopotamia memperkenalkan kepada dunia cara membuat batu bata daripada tanah liat. Dalam seni bina, mereka telah mencipta arca dan tiang batu. Contoh arca tersebut ialah patung Raja Gudea. Arca dan tiang batu dapat dilihat dalam seni bina zigurat.

           Kepimpinan berwibawa telah berjaya mewujudkan kerajaan Akkad, iaitu empayar pertama di dunia. Ini adalah kerana Raja Sargon berjaya menakluk dan menyatukan wilayah-wilayah kerajaan Sumeria di selatan Mesopotamia. Beliau merupakan perintis kepada pembentukan sebuah empayar yang kemudiannya menjadi ikutan pemerintah seterusnya seperti Firaun Tutmose III pada zaman Mesir Purba. Mesopotamia bukan saja menyumbang kepada pembentukan sebuah sistem pemerintahan tetapi juga pembentukan sebuah masyarakat yang lebih berestetika.
           Walaupun di Mesopotamia wujud sistem Bandar, undang-undang, tatacara jual beli, dan sebagainya namun ini tidak bererti kemajuan dan ilmu itu hanya dikuasai oleh mereka. Sebaliknya, kemajuan tamadun ini boleh dicapai dan dikembangkan oleh mana-mana bangsa di mana-mana daerah sekiranya wujudnya usaha yang gigih serta keyakinan diri yang tinggi.
            Keagungan sesuatu tamadun itu tidak akan dapat dinikmati oleh generasi sekarang sekiranya tiada pemimpin atau tokoh pada masa itu yang menyedari tentang kepentingan memelihara warisan serta khazanah bangsanya. Pengetahuan generasi sekarang tentang tamadun ini adalah hasil usaha pemimpin masa lampaunya seperti Ashurbanipal (668-627 S.M.) yang telah menubuhkan sebuah perpustakaan diraja di bandar Nineveh. 
Perpustakaan diraja mengandungi lebih kurang 22000 keping tablet yang mengandungi pelbagai penemuan ilmu pengetahuan dan sejarah lampau Mesopotamia.Kebanyakan daripada koleksi ilmu pengetahuan ini berbentuk formula perubatan dan juga beribu-ribu pucuk surat dan dokumen perniagaan, serta susunan peristiwa peperangan yang berlaku mengikut urutan peristiwa sejarah.